Index

  1. Notis
  2. Apakah Data Peribadi Yang Kami Kumpul?
  3. Sumber Data Peribadi
  4. Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda
  5. Penzahiran Data Peribadi Anda kepada Pihak-pihak Ketiga
  6. Kewajipan untuk Memberi Data Peribadi
  7. Akses dan Pembetulan Data
  8. Penafian
  9. Percanggahan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis

Kami AmTrustee Berhad dan Hektar Asset Management Sdn Bhd, sebagai Pemegang Amanah dan Pengurus Hektar REIT mengakui dan menghormati kepentingan privasi dan sensitiviti data peribadi anda. Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis Perlindungan Data Peribadi ini ("Notis") bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi andaapabila anda memohon untuk memohon beli atau membeli unit Hektar REIT ("Unit") (dikenali sebagain "pemegang unit"), apabila anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan laman sesawang kami atau berinteraksi dengan kami termasuk melalui mesyuarat-mesyuarat agung tahunan, mesyuarat-mesyuarat agung luar-biasa, perbualan telefon, atau melalui apa-apa surat-menyurat atau bila anda berkomunikasi dengan kami.

Dengan menjadi pemegang unit kami, dengan mengakses dan menggunakan perkhidmatan laman sesawang kami atau berinteraksi dengan kami, anda telah bersetuju untuk membenarkan kami mengguna, mengumpul dan memproses data peribadi anda mengikut cara atau kaedah yang dinyatakan di dalam Notis ini.

Notis ini akan tertakluk kepada pindaan dan pengemaskinian dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk menyemak Notis ini di laman sesawang kami di www.HektarREIT.com dari semasa ke semasa bagi mengetahui apa-apa pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan pada Notis ini. Dengan menjadi pemegang unit kami, menggunakan perkhidmatan laman sesawang kami atau berkomunikasi dengan kami selepas apa-apa pindaan atau pengemaskinian dilakukan pada Notis ini, ia mengesahkan dan menunjukkan penerimaan dan persetujuan andaterhadap pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan terhadap Notis ini.

Apakah Data Peribadi Yang Kami Kumpul?

Data peribadi secara amnya bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pengenalan diri anda. Data peribadi anda dikumpul dan diproses oleh kami apabila anda menghantar permohonan untuk melanggan dan membeli unit, mengakses perkhidmatan laman sesawang atau berinteraksi dengan kami, dan selepas itu, dari semasa ke semasa.

Jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami adalah termasuk:

  1. nama, alamat, nombor kad pengenalan / passport, nombor anggota tentera atau polis, nombor akaun sistem deposit pusat, kewarganegaraan, keturunan, jumlah unit dipegang, jenis pelabur, pemegang deposit yang diberi kuasa dan lain-lain maklumat yang tertera di dalam borang permohonan bagi memohon beli unit;
  2. butiran perhubungan termasuklah alamat emel, nombor telefon tetap, faks dan telefon bimbit;
  3. nama majikan, alamat pejabat dan maklumat untuk berhubung dengan syarikat majikan dan jawatan pekerjaan;
  4. maklumat-maklumat lain yang relevan atau diperlukan untuk:
    1. pemohonan, perlangganan dan pembelian unit;
    2. mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan; dan
  5. apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh anda atau pihak-pihak ketiga berkenaan dengan anda.

Sumber Data Peribadi

Kebanyakan data peribadi yang dikumpul oleh kami adalah data peribadi yang diberikan oleh anda. Walaubagaimanapun, data peribadi anda juga boleh dikumpul oleh kami dari sumber-sumber yang sedia ada termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit, agensi atau jabatan kerajaan, pendaftar awam, acara, penerbitan, seminar, dan persidangan.

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Data peribadi anda dikumpul dan diproses oleh kami bagi semua tujuan berkaitan Hektar REIT termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  1. pengesahan identiti anda;
  2. berkomunikasi dengan anda;
  3. bagi tujuan-tujuan berhubung atau berkaitan dengan anda memohon untuk melanggan atau menjadi pemegang unit termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran notis, pekeliling, prospektus dan/atau surat-surat, penyebaran laporan tahunan dan lain-lain jenis laporan dan pengagihan dividen;
  4. bagi tujuan-tujuan berhubung atau berkaitan dengan anda mengakses dan menggunakan laman sesawang kami;
  5. untuk mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan;
  6. bagi penggunaan dalaman seperti bagi tujuan operasi dan pentadbiran termasuklah pentadbiran akaun anda, pengurusan fail, penyiasatan, laporan dan audit;
  7. untuk melaksanakan tinjauan, penyelidikan atau analisis;
  8. bagi tujuan menguatkuasakan dan mempertahankan hak-hak perundangan kami dan/atau mendapatkan nasihat perundangan;
  9. untuk membantu pencegahan, pengesanan atau penyiasatan jenayah atau kemungkinan aktiviti-aktiviti jenayah atau bagi pentadbiran keadilan; dan
  10. bagi tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda.

Penzahiran Data Peribadi Anda kepada Pihak-pihak Ketiga

Di bawah keadaan-keadaan tertentu, kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

  1. mana-mana orang yang diarahkan oleh atau yang telah dipersetujui oleh anda;
  2. mana-mana orang yang berkenaan bagi tujuan-tujuan berhubung atau berkaitan dengan anda memohon untuk, melanggan atau menjadi pemegang unit termasuk tetapi tidak terhad kepada badan kawal selia;
  3. mana-mana orang bagi tujuan pematuhan undang-undang dan pengawalseliaan;
  4. mana-mana pihak ketiga jika semua atau sebahagian HEKTAR REIT atau semua atau sebahagian  aset-aset HEKTAR REIT adalah diperolehi, digabungkan dengan, dijual kepada, atau sebaliknya dipindahkan kepada satu atau lebih pihak ketiga (termasuklah dan tidak terhad, kepada keadaan kebankrapan);
  5. pihak pemproses data iaitu pihak ketiga yang akan berkhidmat bagi memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pendaftar pemegang unit, setiausaha syarikat, storan arkib, pemberi khidmat kemasukan data, pemberi khidmat laman sesawang, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan komputer, perkhidmatan-perkhidmatan pemulihan bencana, bank-bank dan institusi-institusi kewangan; dan
  6. penasihat-penasihat profesional kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat-penasihat cukai, penasihat-penasihat kewangan, penilai-penilai, jurukur-jurukur, juruaudit-juruaudit dan broker-broker insuran.

Kewajipan untuk Memberi Data Peribadi

Kami mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menentukan maklumat yang diberikan kepada kami. Maklumat yang disenaraikan di atas boleh diberi secara sukarela.Jika anda tidak memberi maklumat di atas atau menghadkan cara bagaimana maklumat tersebut diproses, kami tidak akan dapat:

  1. berkomunikasi atau berhubung dengan anda;
  2. menerbitkan atau memperuntukkan unit-unit kepada anda; dan/atau
  3. memberikan anda akses kepada laman sesawang kami.

Akses dan Pembetulan Data

Jika anda ingin memohon:

  1. bagi mengakses data peribadi anda;
  2. bagi membetulkan atau mengemaskini data peribadi anda; atau
  3. untuk menarik balik persetujuan anda atau menghadkan penggunaan data peribadi anda,

sila hantar permintaan bertulis anda kepada:

Pegawai Pematuhan PDPA
Pengurus Hektar REIT
D1-U3-10, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Tel: +6 03 6205 5570
Fax: +6 03 6205 5571

Caj pentadbiran mungkin dikenakan bagi permintaan di bawah perenggan (a), (b) dan (c) di atas.

Kami berhak untuk menolak permohonan anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Penafian

Ketepatan dan kelengkapan data peribadi andabergantung kepada maklumat yang andaberikan. Kami menganggap bahawa maklumat yang andaberikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada kami.

Kami menganggap bahawa maklumat pihak ketiga yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat majikan, maklumat rakan-rakan sekerja atau maklumat keluarga adalah tepat, terkini dan lengkap dan anda telah mendapatkan persetujuan yang sewajarnya untuk menzahirkan maklumat tersebut.

Percanggahan

Jika terdapat percanggahan diantara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


Atas