Notis Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
Notis
Kami MTrustee Berhad dan Hektar Asset Management Sdn Bhd, sebagai Pemegang Amanah dan Pengurus Hektar REIT mengakui dan menghormati kepentingan privasi dan sensitiviti data peribadi anda. Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda apabila anda memohon untuk memohon beli atau membeli unit Hektar REIT (“Unit”) (dikenali sebagai “pemegang unit”), apabila anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan laman sesawang kami atau berinteraksi dengan kami termasuk melalui mesyuarat-mesyuarat agung tahunan, mesyuarat-mesyuarat agung luar-biasa, perbualan telefon, atau melalui apa-apa surat-menyurat atau bila anda berkomunikasi dengan kami.
Dengan menjadi pemegang unit kami, dengan mengakses dan menggunakan perkhidmatan laman sesawang kami atau berinteraksi dengan kami, anda telah bersetuju untuk membenarkan kami mengguna, mengumpul dan memproses data peribadi anda mengikut cara atau kaedah yang dinyatakan di dalam Notis ini.
Notis ini akan tertakluk kepada pindaan dan pengemaskinian dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk menyemak Notis ini di laman sesawang kami di www.HektarREIT.com dari semasa ke semasa bagi mengetahui apa-apa pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan pada Notis ini. Dengan menjadi pemegang unit kami, menggunakan perkhidmatan laman sesawang kami atau berkomunikasi dengan kami selepas apa-apa pindaan atau pengemaskinian dilakukan pada Notis ini, ia mengesahkan dan menunjukkan penerimaan dan persetujuan anda terhadap pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan terhadap Notis ini.
Apakah data peribadi yang kami kumpul?
Data peribadi secara amnya bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pengenalan diri anda. Data peribadi anda dikumpul dan diproses oleh kami apabila anda menghantar permohonan untuk melanggan dan membeli unit, mengakses perkhidmatan laman sesawang atau berinteraksi dengan kami, dan selepas itu, dari semasa ke semasa.
Jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami adalah termasuk:
Sumber data peribadi
Kebanyakan data peribadi yang dikumpul oleh kami adalah data peribadi yang diberikan oleh anda. Walaubagaimanapun, data peribadi anda juga boleh dikumpul oleh kami dari sumber-sumber yang sedia ada termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit, agensi atau jabatan kerajaan, pendaftar awam, acara, penerbitan, seminar, dan persidangan.
Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda
Data peribadi anda dikumpul dan diproses oleh kami bagi semua tujuan berkaitan Hektar REIT termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
Penzahiran Data Peribadi Anda kepada Pihak-pihak Ketiga
Di bawah keadaan-keadaan tertentu, kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:
Kewajipan untuk memberi data peribadi
Kami mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menentukan maklumat yang diberikan kepada kami. Maklumat yang disenaraikan di atas boleh diberi secara sukarela. Jika anda tidak memberi maklumat di atas atau menghadkan cara bagaimana maklumat tersebut diproses, kami tidak akan dapat:
Akses dan pembetulan data
Jika anda ingin memohon:
sila hantar permintaan bertulis anda kepada
Pengurus Hektar REIT
D1-U3-10, Solaris Dutamas,
No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Tel: +6 03 6205 5570
Fax: +6 03 6205 5571
Caj pentadbiran mungkin dikenakan bagi permintaan di bawah perenggan (a), (b) dan (c) di atas.
Kami berhak untuk menolak permohonan anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Penafian
Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda bergantung kepada maklumat yang anda berikan. Kami menganggap bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada kami.
Kami menganggap bahawa maklumat pihak ketiga yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat majikan, maklumat rakan-rakan sekerja atau maklumat keluarga adalah tepat, terkini dan lengkap dan anda telah mendapatkan persetujuan yang sewajarnya untuk menzahirkan maklumat tersebut.
Percanggahan
Jika terdapat percanggahan diantara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
This policy was last updated on 1 June 2020